Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 23, 2012

Sempurna~

Kasih sayang Allah sangat sempurna. Sangat saya katakan..

Sempurna —tidak pernah kurang, tidak pernah lebih. Sangat cantik. Sangat tepat pada masanya. Sangat indah pabila kena dihati, sangat membahagiakan, mashallah! :')

Masalah —adalah suatu cara yang diciptakan untuk kita BELAJAR. Kita tak akan tahu apa-apa jika kita tidak belajar. Allah tidak mencipta masalah untuk kita merasa susah, untuk menzalimi kita. Tapi, Allah mencipta masalah dan berikan kepada kita untuk dihadapi supaya kelak, kita akan tahu bagaimana cara menghadapainya..

Juga, kelak kita akan merasa sangat bahagia apabila masalah itu selesai. Bahagianya umpama bertemu segelas air setelah jalan berbatu-batu ditengah padang pasir yang sangat panas. Allahu akbar..

Hakikat ini sangat pedih ditelan saat masalah menimpa. Itulah kekurangkan kita sebagai manusia. Tidak mengapa. Sekalipun saat masalah menimpa sangat berat, perhatikanlah jantungmu, ia masih mampu berdenyut. Dan berdenyut. Mungkin dengan denyutan yg terasa sesak. Namun, ia tetap kuat untuk terus "hidup"..

Itulah bukti, kita mampu sebenarnya! :)

Tetap tenang, tetap sabar & hadapilah hidup ini, Solehah!


Tuesday, February 7, 2012

Bunga

Sangat teruja bila ada kedai bunga segar dekat Damansara Damai. So, petang-petang lepas office hour, akan berjalan kaki dengan Cik Aimi dari office ke Damansara Damai.

Err, misi kami; Mencari Damai Yang Hilang! Heheee ^_^v 

Actually, nak jalan-jalan untuk bagi badan rasa lebih sehat. The whole day duduk saja dalam pejabat menghadap kerja dan tekanan, so, dengan jalan-jalan petang diharapkan dapat membakar tekanan lemak yang ada, hahaa!

So, berbalik kepada kedai bunga  yang kami jumpa. Ouuh, dah la best sebab bunga-bunga segarnya dijual dengan harga yang inshallah murah. Jadi, setiap minggu kami akan ke sana untuk beli bunga. Hehee, baru pergi dua kali ^_^


Kali pertama pergi, borong roses. Ada merah, putih dan soft tangerine! Ouhh, memang terpesona.

Kali kedua pergi beli, beli white chrysanthemum dan red carnation!

Bila dah jadi minah bunga, sibuk lah nak kaji maksud-maksud yang tersirat disebalik bungakan. 
Hehee ^_^ Iyalah, namanya pun perempuan.

Harap-harap next week, dorang restock bunga.


"..akhlak yang mulia, ibarat sekuntum bunga, walau dimana sahaja, pasti semua orang suka.."

Fasa Hidup

Yeeha! Ini adalah blog baru. Blog peribadi ke-3 sepanjang hidup saya mengenali blog. Kenapa perlu blog baru? Kerana kini, lingkungan hidup pun sudah baru. Yaa, perlu berhijrah supaya hidup tidak satu warna, satu rasa.

Saya kira, kini saya sudah masuk fasa ke-3 dalam kehidupan. Telah melepasi fasa kanak-kanak dan fasa remaja. Kini berada di fasa dewasa, inshallah.

Kalau dulu di fasa kanak-kanak, hanya memikirkan, bilalah nak dapat permainan tu? Permainan ni? Bila bila bila? Besnya jadi orang besar, ada banyak duit boleh beli macam-macam.

Bila berada di fasa remaja, asyik berfikir, bilalah nak habis sekolah? Bila lah boleh pergi kampus pakai baju biasa? Bila dah hidup di kampus, fikir pula, bila nak grade ni? Bila nak kerja ni?

Kini, bila dah masuk fasa dewasa, terfikir pula, bila nak berumah tangga?

..fasa pertama

..fasa kedua

..fasa ketiga