Yeeha! Ini adalah blog baru. Blog peribadi ke-3 sepanjang hidup saya mengenali blog. Kenapa perlu blog baru? Kerana kini, lingkungan hidup pun sudah baru. Yaa, perlu berhijrah supaya hidup tidak satu warna, satu rasa.
Saya kira, kini saya sudah masuk fasa ke-3 dalam kehidupan. Telah melepasi fasa kanak-kanak dan fasa remaja. Kini berada di fasa dewasa, inshallah.
Kalau dulu di fasa kanak-kanak, hanya memikirkan, bilalah nak dapat permainan tu? Permainan ni? Bila bila bila? Besnya jadi orang besar, ada banyak duit boleh beli macam-macam.
Bila berada di fasa remaja, asyik berfikir, bilalah nak habis sekolah? Bila lah boleh pergi kampus pakai baju biasa? Bila dah hidup di kampus, fikir pula, bila nak grade ni? Bila nak kerja ni?
Kini, bila dah masuk fasa dewasa, terfikir pula, bila nak berumah tangga?
..fasa pertama
..fasa kedua
..fasa ketiga



.jpg)

No comments:
Post a Comment