Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 4, 2016

Masa berlalu..

..seperti hembusan angin, cewahh 😝 cepat tak terkejar. Impian dan cita2 konon nak menulis rentetan2 hidup pun tak terbuat. Ada sikit dicoret dalam jurnal berbentuk fizikal tu pun bercinta nak buat. Semoga semua tetap terpahat dalam fikiran dan hati 🤗

Harini, cuba2 kembali nak menulis. Lama sangat tak menulis panjang. Takat2 update status di facebook saja lah. Tapi ini pun tak tahu berapa panjang mampu hahaa 😝 cuba2lah intro sementara double A dah hanyut di alam mimpi!

Yea, itulah kesibukan harianku-- double A: Amani & Ahmad 😂 dari celik mata sampai katup mata, siap masuk mimpi ibu lagi 😝 dah mcm kembar 3 serangkai tau. Tak boleh lepas. Masuk tandas pun ada tukang tunggu depan pintu tandas 😂

Amani dah nak masuk dua tahun, coming January. Ahmad dah masuk 10 bulan 💪 kepandaian apa toksah cakap lah huhuu. Kesimpulannya kalau dua2 tak tidor memang ibu ni takda waktu untuk yang lain 😆 sambil masak, sorang tolong mengemas pinggan mangkuk, sorang bergayut dekat kaki..

Kadang, mcm tak sangka dah jadi seorang ibu. Mcm tak percaya juga. Fasa ini sampai dan sedang diharungi 😁 alhamdulillah. Sebab ini juga antara doa2 aku satu ketika dulu pada Allah 💕

Alright, inshallah nanti jumpa di next post 😁 

 
 ..pagi2 ku 😁

Thursday, December 27, 2012

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat –Ulama Malaysia

Tiada isu yang hendak dipolitikkan. Saya hanya sebak bila baca berita tentang Diana Amir yang datang berjumpa dengan Tok Guru. Bukan kerana isu politik tapi kerana ingin berjumpa dengan seorang ulama'..


Teringat saya ketika masih belajar di Jakarta dulu. Semasa saya sedang menyiapkan assignment Tafsir di perputakaan dan sedang sibuk mencari kitab-kitab rujukan, saya terjumpa kitab tafsir Tok Guru dicelah-celah kitab tafsir yang lainnya..

Teruja dan tak sangka pun ada, dan memang saat itu saya tak tahu Tok Guru ada menulis kitab Tafsir. Teman-teman bertanya kepada saya, siapa Nik Abdul Aziz Nik Mat ni? Hanya satu kata yang keluar dari mulut saya, "Beliau adalah Ulama' di Malaysia". Kitab tafsir Tok Guru yang saya jumpa di perpustakaan tu dah lunyai menjadi bahan lahapan kami anak-anak Tafsir. Sejurus pulang ke Malaysia, saya langsung ke Kelantan untuk mendapatkan kitab tersebut..

Bagi saya, mejoriti orang yang berhasrat untuk berjumpa dengan Tok Guru bukan kerana isu politik tetapi kerana beliau adalah seorang ulama' yang tinggi ilmunya namun rendah hatinya. Sikap siapa lagi yang perlu kita contohi kalau bukan sikap seorang ulama'? Wajah siapa lagi yang hendak kita lihat kalau bukan wajah ulama'? Siapa lagi yang perlu kita hormati kalau bukan seorang ULAMA?


Inilah tiga kitab yang saya dapatkan di Kelantan.


Mulut mungkin mampu berkata bohong tapi hati, susah. 
Susah mahu menolak kebaikan kerana ia fitrah dalam jiwa raga manusia.. 
Susah mahu menerima kebathilan kerana ia songsang dari jalur sunnatullah..

Semoga Allah memberkahi usia Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, amien!