Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat –Ulama Malaysia

Tiada isu yang hendak dipolitikkan. Saya hanya sebak bila baca berita tentang Diana Amir yang datang berjumpa dengan Tok Guru. Bukan kerana isu politik tapi kerana ingin berjumpa dengan seorang ulama'..


Teringat saya ketika masih belajar di Jakarta dulu. Semasa saya sedang menyiapkan assignment Tafsir di perputakaan dan sedang sibuk mencari kitab-kitab rujukan, saya terjumpa kitab tafsir Tok Guru dicelah-celah kitab tafsir yang lainnya..

Teruja dan tak sangka pun ada, dan memang saat itu saya tak tahu Tok Guru ada menulis kitab Tafsir. Teman-teman bertanya kepada saya, siapa Nik Abdul Aziz Nik Mat ni? Hanya satu kata yang keluar dari mulut saya, "Beliau adalah Ulama' di Malaysia". Kitab tafsir Tok Guru yang saya jumpa di perpustakaan tu dah lunyai menjadi bahan lahapan kami anak-anak Tafsir. Sejurus pulang ke Malaysia, saya langsung ke Kelantan untuk mendapatkan kitab tersebut..

Bagi saya, mejoriti orang yang berhasrat untuk berjumpa dengan Tok Guru bukan kerana isu politik tetapi kerana beliau adalah seorang ulama' yang tinggi ilmunya namun rendah hatinya. Sikap siapa lagi yang perlu kita contohi kalau bukan sikap seorang ulama'? Wajah siapa lagi yang hendak kita lihat kalau bukan wajah ulama'? Siapa lagi yang perlu kita hormati kalau bukan seorang ULAMA?


Inilah tiga kitab yang saya dapatkan di Kelantan.


Mulut mungkin mampu berkata bohong tapi hati, susah. 
Susah mahu menolak kebaikan kerana ia fitrah dalam jiwa raga manusia.. 
Susah mahu menerima kebathilan kerana ia songsang dari jalur sunnatullah..

Semoga Allah memberkahi usia Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, amien!


Tuesday, July 10, 2012

#SayaRasa

Dalam fikiran saya akhir-akhir ini selalu ternyiang-nyiang kata-kata "People make mistake"..

Saya tidak bermaksud untuk terus tenggelam dalam kesalahan dan kesilapan. Namun, hakikatnya begitulah untuk taraf seorang manusia. Hanya TUHAN sahaja yang tidak melakukan kesalahan. Even, Tuhan menciptakan syaitan yang jahat pun bukan satu kesalahan..

Pelbagai sikap manusia yang Tuhan ciptakan dalam dunia ini. Namun, tiada satu pun yang sempurna. Kenapa?

{Saya rasa jawabannya} Agar manusia tidak sombong dan meninggi diri. Manusia tidak sempurna. Manusia perlu bergantung pada manusia lainnya untuk terus hidup. Ada sesuatu yang kita tahu, namun, ada sesuatu yang lain pula yang kita tidak tahu. Yang maha sempurna dan tidak bergantung pada yang lain hanya SATU sahaja. Itulah Tuhan. Mahu tahu. Maha hebat. Tiada saingan, apalagi tandingan..

Kerana kita adalah makhluk yang sentiasa melakukan kesalahan, makhluk yang dhaif tidak sempurna, makhluk yang bergantung dengan yang lain, maka, rendahkanlah diri. Maafkanlah kesalahan orang lain, bertimbang-rasalah, minta tolong, dan sebarkan damai..

Bersyukurlah, batasi keinginan kemahuan kemarahan..

Bersederhanalah, sebatas kita sebagai manusia..

Monday, June 25, 2012

Not the primrose path~


Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya..

Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqomah..

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya..

Tapi..
Hakikat perjuangan bukan begitu..
Turun naiknya..
Sakit pedihnya..
Umpama,
Kemanisan yang tidak terhingga..

Andai rebah bangkitlah semula..
Andai terluka ingatlah janji-Nya..

Kerana apa perjuangan itu pahit?

Kerana..
Syurga itu manis..

Biar hilang teman dalam perjuangan..
Jangan hilang teman seperjuangan..



Saturday, June 23, 2012

Sempurna~

Kasih sayang Allah sangat sempurna. Sangat saya katakan..

Sempurna —tidak pernah kurang, tidak pernah lebih. Sangat cantik. Sangat tepat pada masanya. Sangat indah pabila kena dihati, sangat membahagiakan, mashallah! :')

Masalah —adalah suatu cara yang diciptakan untuk kita BELAJAR. Kita tak akan tahu apa-apa jika kita tidak belajar. Allah tidak mencipta masalah untuk kita merasa susah, untuk menzalimi kita. Tapi, Allah mencipta masalah dan berikan kepada kita untuk dihadapi supaya kelak, kita akan tahu bagaimana cara menghadapainya..

Juga, kelak kita akan merasa sangat bahagia apabila masalah itu selesai. Bahagianya umpama bertemu segelas air setelah jalan berbatu-batu ditengah padang pasir yang sangat panas. Allahu akbar..

Hakikat ini sangat pedih ditelan saat masalah menimpa. Itulah kekurangkan kita sebagai manusia. Tidak mengapa. Sekalipun saat masalah menimpa sangat berat, perhatikanlah jantungmu, ia masih mampu berdenyut. Dan berdenyut. Mungkin dengan denyutan yg terasa sesak. Namun, ia tetap kuat untuk terus "hidup"..

Itulah bukti, kita mampu sebenarnya! :)

Tetap tenang, tetap sabar & hadapilah hidup ini, Solehah!