Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat –Ulama Malaysia

Tiada isu yang hendak dipolitikkan. Saya hanya sebak bila baca berita tentang Diana Amir yang datang berjumpa dengan Tok Guru. Bukan kerana isu politik tapi kerana ingin berjumpa dengan seorang ulama'..


Teringat saya ketika masih belajar di Jakarta dulu. Semasa saya sedang menyiapkan assignment Tafsir di perputakaan dan sedang sibuk mencari kitab-kitab rujukan, saya terjumpa kitab tafsir Tok Guru dicelah-celah kitab tafsir yang lainnya..

Teruja dan tak sangka pun ada, dan memang saat itu saya tak tahu Tok Guru ada menulis kitab Tafsir. Teman-teman bertanya kepada saya, siapa Nik Abdul Aziz Nik Mat ni? Hanya satu kata yang keluar dari mulut saya, "Beliau adalah Ulama' di Malaysia". Kitab tafsir Tok Guru yang saya jumpa di perpustakaan tu dah lunyai menjadi bahan lahapan kami anak-anak Tafsir. Sejurus pulang ke Malaysia, saya langsung ke Kelantan untuk mendapatkan kitab tersebut..

Bagi saya, mejoriti orang yang berhasrat untuk berjumpa dengan Tok Guru bukan kerana isu politik tetapi kerana beliau adalah seorang ulama' yang tinggi ilmunya namun rendah hatinya. Sikap siapa lagi yang perlu kita contohi kalau bukan sikap seorang ulama'? Wajah siapa lagi yang hendak kita lihat kalau bukan wajah ulama'? Siapa lagi yang perlu kita hormati kalau bukan seorang ULAMA?


Inilah tiga kitab yang saya dapatkan di Kelantan.


Mulut mungkin mampu berkata bohong tapi hati, susah. 
Susah mahu menolak kebaikan kerana ia fitrah dalam jiwa raga manusia.. 
Susah mahu menerima kebathilan kerana ia songsang dari jalur sunnatullah..

Semoga Allah memberkahi usia Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, amien!